Mikroalga Sebagai Sumber Produk Bioplastik

Plastik merupakan polimer utama yang digunakan di seluruh dunia kerana sifatnya seperti ringan, fleksibel dan berkos rendah. Walau bagaimanapun, plastik tersebut yang berketahanan tinggi telah menjadi penyebab kepada kerosakan alam sekitar kerana ia memerlukan masa yang lama untuk penguraian. Peningkatan penggunaan plastik yang berasaskan petroleum ini telah mengundang masalah persekitaran seperti peningkatan cetakan karbon melalui pembakaran, pembebasan bahan kimia di lautan serta masalah perosak di kawasan pembuangan sampah. Pengeluaran plastik menyebabkan 93% sampah plastik dibuang di tempat pembuangan sampah dan lautan. Oleh itu, bioplastik menawarkan alternatif yang mampan untuk plastik berasaskan petroleum yang lebih cenderung kepada biodegradasi.

Mikroalga adalah sumber semula jadi, boleh diperbaharui, dan bahan makanan yang murah, menyebabkan ia sesuai digunakan sebagai sumber karbon dalam penapaian bakteria. Ia memiliki hasil produksi yang tinggi, menghasilkan sebilangan besar kompaun penyimpanan per unit luas, dan dapat ditanam di daerah yang tidak sesuai untuk pertanian konvensional seperti air payau dan air limbah. Ini mengisi jurang sumber karbon yang murah dapat menghasilkan ‘polyhydroxyalkanoates’ (PHA) untuk pengeluaran bioplastik.

DISEDIAKAN OLEH,

PROF. MADYA  ChM. TS. DR. WONG YEE CHING